My 1st Lobster


Masa dapat tahu jer pasal lobster ni, memang aku tak tunggu lama terus aku order sekor. Iyelah, nak tunggu apa lagik. Sebat jer lah ! Harga memang dah murah tambah2 pulak memang dah lama teringin nak merasa lobster. Berat lobster yang aku order tu dalam 970 gram. Bawak balik jer rumah terus tunjuk kat wife sampaikan dia pon terkejut tengok udang besar sangat. Lagi satu dia terkejut sebab tak tahu nak masak apa, of course lah dia yang kena masak nanti. Tapi sebab nak makan punya pasal so kitowang pon Google lah sikit2 macam mana nak masak lobster ni.

Plan nak masak lobster time weekend. Masa dapat tu pulak baru hari Khamis so aku simpan dulu dalam peti ais kat rumah. Peti ais pulak tak lah besar mana jadi terpaksalah selit2 dengan ayam daging ikan semua. Suhu peti ais aku set kan yang paling sejuk sebab takut jadi apa2 kat lobster tu. Banyak benda yang aku tak tahu pasal lobster ni, first time belilah katakan. Tapi punyalah tak sabar nak tunggu weekend sampaikan hari2 buka peti ais tengok lobster .. huhu ..



Tunggu punya tunggu sampai jugak weekend. Lobster yang aku beli tu nak dimasak buat lauk makan tengahari. Memang excited sangat ! Aku yang tak pernah turun dapur tiba2 jadi rajin pulak tolong wife aku hari tu. Since itulah first time kitowang nak makan lobster, so kitowang decide nak rebus biasa jer. Orang cakap isi lobster ni manis and kitowang nak tahu macam mana rasa original lobster ni. Maka bermulalah episod masak lobster.

Mula2 sekali kitowang keluarkan lobster dari dalam peti ais, defrost kan dulu biar lembut. Panaskan air then tambah garam, bawang putih, halia, daun limau purut dan daun sup sebagai penambah perisa. Bila air dah menggelegak kitowang terus masukkan lobster tu, memang betul2 simple. Satu benda yang buatkan aku makin excited nak makan lobster happened masa tengah rebus lobster tu sendiri. Masuk jer dalam air panas, terus lobster tu tukar warna daripada warna hijau kebiruan jadi warna oren kemerahan. Bau dia pon dah naik penuh satu dapur. Memang kecur lidah time tu, fuuuuhhh !



Sepanjang2 merebus tu, aku berdiri jer kat tepi nak tengok apa yang jadi sambil golek-golekkan lobster. Lagi pon memang itu jer satu job task aku. Wife aku pulak continue masak lauk lain tapi tak banyaklah sebab kitowang berdua jer kat rumah ni. Makin lama rebus makin merah warna lobster tu aku tengok and makin tak sabarlah aku nak makan. Lepas 30 minit, aku toss dan sajikan dengan lauk-pauk yang wife aku masak. So menu kitowang untuk tengahari tu nasi putih, telur goreng, sayur campur dan lobster rebus. Memang rare !



Aku masa tu memang fokus kat lobster jer. Tapi bila dah saji, baru terfikir macam mana nak dapatkan isi lobster tu. Kulit dia memang keras nak2 pulak kat bahagian sepit. Aku pergi dapur ambil pisau dengan lesung. Aku pusingkan lobster tu dan belah bahagian tengah badan, terus nampak isi dia putih2 merah kental. Tebal pulak tu ! Zuuupp, masuk mulut aku secubit ! Memang sedap, manis dan liat sikit macam daging. Bahagian sepit pulak memang tak dapatlah nak pecahkan macam gigit ketam. Memang aku ketuk dengan lesung lah jawabnya. Punyalah keras sampai terpercik2 kena baju tapi itupon tak pecah lagi. So aku ketuk lagi kuat, this time bukan setakat kena baju tapi terpercik sampai kena langsir dah. Memang berkecah tempat makan aku masa tuh dek kerana makan lobster.



Sikit pon aku tak bazirkan, yang mana ada isi memang kat situ aku korek. Aku suka bahagian badan, wife aku pulak suka bahagian sepit. Aku suka bahagian badan sebab isi kat situ tebal. Wife aku suka bahagian sepit sebab dia cakap lagi manis. Lesung memang sentiasa kat tangan, bila nampak jer isi kat celah2 lobster tu terus aku ketuk bagi pecah kulit dia so senang nak keluarkan. Dah macam bertukang pon ada aku rasa.

Apa pon, aku puas dan seronok dapat merasa lobster tengahari tu. Nak tambah seronok lagi, aku kongsi experience makan lobster for the first time dengan wife aku. Lepas ni aku nak jamu family besar aku pulak. Rezeki yang ada elok kita kongsi2. Atuk nenek ayah adik pakcik makcik sepupu sepapat semua, tunggu ! Since aku dah tahu macam mana rasanya, aku harap dapat bagi orang lain merasa jugak pengalaman first lobster diowang. Sure macam2 lagi cerita seronok yang kita boleh kongsi.


Man Behind The Scene


Salam sepit buat penggemar-penggemar lobster semua ..

Memang tak pernah terfikir pon aku selama ni nak meniaga lobster tapi aku just grab jer peluang yang ada. Peluang yang bagi aku memang tak disangka-sangka dapat. Ini pon aku main gamble jer buat sebab tak salah rasanya mencuba, tak cuba tak tahu. Semuanya start sejak aku kecik lagi bila aku sendiri mengidam sangat nak makan lobster. Memang susah nak dapat lobster ni, kat pasar memang tak jual tambah-tambah pulak harga dia memang mahal ! Terus aku pendam rasa jer lah nak makan lobster sampailah ke besar ni.

Dah banyak dah restoran seafood yang aku pergi tapi tak pernah nak ada lobster yang aku nak. Kalau ada pon mmg aku just tengok jer dari luar akurium sebab mmg harga dia tersangatlah mahal. Even dah kerja ni pon still berkira-kira nak beli. Mau kopak aku nak membayarnya ! Ada jugak aku try2 ricky tanya harga kat pemborong seafood tapi dah nama pon pemborong, so nak kena beli dalam kuantiti yang banyak baru boleh dapat.



Merata sebenarnya aku mencari lobster ni, last2 jumpa jugak aku dengan satu lubuk. Kat lubuk ni ada macam-macam rupa dan jenis lobster. Aku boleh dapatkan sebanyak mana lobster yang aku nak. Kat lubuk ni jugak lah tercapai hajat aku nak makan lobster sejak dari kecik lagi, memang puas ! Tapi aku tak makan sorang sebab aku rasa tak salah nak kongsi rasa lobster ni dengan keluarga dan kawan-kawan. Bila aku share jer lobster ni kat diowang, rata-rata semua cakap itulah pengalaman pertama diowang makan lobster dalam hidup ni ! Rupa-rupanyanya ramai yang mengidam nak makan lobster macam aku. Dah nampak reaksi-reaksi macam tu buatkan aku nekad nak share isi lubuk ni dengan semua orang dan dari situlah bermulanya Lubuk Lobster !

Niat aku satu jer, nak kongsi rezeki lobster ni dengan semua orang especially mereka yang mengidam sebab aku faham macam mana rasanya. Aku nak lobster yang selama ni dianggap makanan mewah boleh dinikmati oleh orang-orang kebanyakan. Aku puas bila dapat deliver semua lobster ni kat rumah-rumah customer and paling best diorang dapat share kegembiraan makan lobster satu family. Nak tambah seronok lagi, customer boleh masak ikut selera air tangan masing-masing. Ada yang suka pedas buat lobster masak lemak cili padi, ada yang suka western style buat lobster cheese, ada yang suka rebus biasa jer dan macam-macam lagik lah. Sambal lobster, kari lobster dan lobster sweet sour pon ada yang masak.

Harap-harap blog ni boleh jadi laman untuk kita semua kongsi citarasa, info dan segala apa pon pasal lobster. Dengan blog ni jugak bolehlah dijadikan tempat untuk aku coretkan pengalaman dan jatuh bangun aku sebagai peniaga lobster. InsyaAllah, aku akan berusaha untuk puaskan hati dan selera semua pelanggan-pelanggan Lubuk Lobster.

Lubuk Lobster – hasil tangkapan dikongsi bersama !







top