Selamat datang ke Lubuk Lobster !

Lubuk Lobster merupakan sebuah syarikat Bumiputera yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk membekal serta mengedar khazanah laut dalam khususnya lobster.

Kami di Lubuk Lobster membekalkan lobster import pada harga yang sungguh berpatutan serta mampu untuk dinikmati. Pilihan lobster yang disediakan adalah dari jenis American Lobster dan juga Australian Rock Lobster. Kesemua lobster ini dibawa terus dari Nova Scotia, Kanada dan juga Southern Australia khas untuk mereka yang menggemarkannya di sini.

Khazanah laut lobster amat sesuai untuk dijadikan hidangan keluarga di rumah, jamuan keraian, majlis harijadi dan juga barbeque. Bersempena dengan bulan Ramadan ini adalah menjadi sesuatu yang istimewa apabila lobster dijadikan hidangan berbuka puasa bersama keluarga serta rakan taulan. Menjelang Syawal, lobster juga boleh menjadi hidangan utama di majlis-majlis Aidilfitri dan rumah-rumah terbuka.

Peluang bagi pengusaha-pengusaha restoran Western Food yang inginkan kelainan dan keunikan dalam menu pilihan masakan mereka, lobster adalah pilihan yang bersesuaian serta boleh menjadi tarikan baru kepada pelanggan. Begitu juga bagi pengusaha-pengusaha katering yang mana lobster boleh dijadikan santapan makan beradab buat pasangan raja sehari di majlis-majlis perkahwinan.

Bagi mereka yang menginginkan hasil laut lobster, inilah masa untuk anda nikmati kelazatannya. Jamu keluarga anda dan rasailah kegembiraan bersama-sama mereka. Jom dapatkan lobster anda hari ini juga !!

Lubuk Lobster - Hasil tangkapan dikongsi bersama !



top