My 1st Lobster


Masa dapat tahu jer pasal lobster ni, memang aku tak tunggu lama terus aku order sekor. Iyelah, nak tunggu apa lagik. Sebat jer lah ! Harga memang dah murah tambah2 pulak memang dah lama teringin nak merasa lobster. Berat lobster yang aku order tu dalam 970 gram. Bawak balik jer rumah terus tunjuk kat wife sampaikan dia pon terkejut tengok udang besar sangat. Lagi satu dia terkejut sebab tak tahu nak masak apa, of course lah dia yang kena masak nanti. Tapi sebab nak makan punya pasal so kitowang pon Google lah sikit2 macam mana nak masak lobster ni.

Plan nak masak lobster time weekend. Masa dapat tu pulak baru hari Khamis so aku simpan dulu dalam peti ais kat rumah. Peti ais pulak tak lah besar mana jadi terpaksalah selit2 dengan ayam daging ikan semua. Suhu peti ais aku set kan yang paling sejuk sebab takut jadi apa2 kat lobster tu. Banyak benda yang aku tak tahu pasal lobster ni, first time belilah katakan. Tapi punyalah tak sabar nak tunggu weekend sampaikan hari2 buka peti ais tengok lobster .. huhu ..



Tunggu punya tunggu sampai jugak weekend. Lobster yang aku beli tu nak dimasak buat lauk makan tengahari. Memang excited sangat ! Aku yang tak pernah turun dapur tiba2 jadi rajin pulak tolong wife aku hari tu. Since itulah first time kitowang nak makan lobster, so kitowang decide nak rebus biasa jer. Orang cakap isi lobster ni manis and kitowang nak tahu macam mana rasa original lobster ni. Maka bermulalah episod masak lobster.

Mula2 sekali kitowang keluarkan lobster dari dalam peti ais, defrost kan dulu biar lembut. Panaskan air then tambah garam, bawang putih, halia, daun limau purut dan daun sup sebagai penambah perisa. Bila air dah menggelegak kitowang terus masukkan lobster tu, memang betul2 simple. Satu benda yang buatkan aku makin excited nak makan lobster happened masa tengah rebus lobster tu sendiri. Masuk jer dalam air panas, terus lobster tu tukar warna daripada warna hijau kebiruan jadi warna oren kemerahan. Bau dia pon dah naik penuh satu dapur. Memang kecur lidah time tu, fuuuuhhh !



Sepanjang2 merebus tu, aku berdiri jer kat tepi nak tengok apa yang jadi sambil golek-golekkan lobster. Lagi pon memang itu jer satu job task aku. Wife aku pulak continue masak lauk lain tapi tak banyaklah sebab kitowang berdua jer kat rumah ni. Makin lama rebus makin merah warna lobster tu aku tengok and makin tak sabarlah aku nak makan. Lepas 30 minit, aku toss dan sajikan dengan lauk-pauk yang wife aku masak. So menu kitowang untuk tengahari tu nasi putih, telur goreng, sayur campur dan lobster rebus. Memang rare !



Aku masa tu memang fokus kat lobster jer. Tapi bila dah saji, baru terfikir macam mana nak dapatkan isi lobster tu. Kulit dia memang keras nak2 pulak kat bahagian sepit. Aku pergi dapur ambil pisau dengan lesung. Aku pusingkan lobster tu dan belah bahagian tengah badan, terus nampak isi dia putih2 merah kental. Tebal pulak tu ! Zuuupp, masuk mulut aku secubit ! Memang sedap, manis dan liat sikit macam daging. Bahagian sepit pulak memang tak dapatlah nak pecahkan macam gigit ketam. Memang aku ketuk dengan lesung lah jawabnya. Punyalah keras sampai terpercik2 kena baju tapi itupon tak pecah lagi. So aku ketuk lagi kuat, this time bukan setakat kena baju tapi terpercik sampai kena langsir dah. Memang berkecah tempat makan aku masa tuh dek kerana makan lobster.



Sikit pon aku tak bazirkan, yang mana ada isi memang kat situ aku korek. Aku suka bahagian badan, wife aku pulak suka bahagian sepit. Aku suka bahagian badan sebab isi kat situ tebal. Wife aku suka bahagian sepit sebab dia cakap lagi manis. Lesung memang sentiasa kat tangan, bila nampak jer isi kat celah2 lobster tu terus aku ketuk bagi pecah kulit dia so senang nak keluarkan. Dah macam bertukang pon ada aku rasa.

Apa pon, aku puas dan seronok dapat merasa lobster tengahari tu. Nak tambah seronok lagi, aku kongsi experience makan lobster for the first time dengan wife aku. Lepas ni aku nak jamu family besar aku pulak. Rezeki yang ada elok kita kongsi2. Atuk nenek ayah adik pakcik makcik sepupu sepapat semua, tunggu ! Since aku dah tahu macam mana rasanya, aku harap dapat bagi orang lain merasa jugak pengalaman first lobster diowang. Sure macam2 lagi cerita seronok yang kita boleh kongsi.


7 comments:

intan iskandar said...

banyak isi x lobster ni???

LUBUK LOBSTER said...

ikut selera masing2 jugak .. ada yang kata banyak, but ada jugak yang kata sikit .. bagi saya seekor lobster tuh puas lah makan 2 orang .. tapi ada jugak yang makan sekor sorang .. bergantung kepada selera individu .. :D

cubatrymasak said...

kelakar plak bc kisah awak mkn lobster...sy pun tak pnah makan...

LUBUK LOBSTER said...

mengidam dari kecik tapi dah besar2 nih baru dapat makan .. mmg tak tinggal sikit pon !! :D

Suporna Roy said...

Very Nice Blog !
I Like This Very Much.
Methods of Modern Farming
Shrimp Farming
Lobster Farming

Cik Shumiee said...

lubuk lobster ni yang masuk rancangan sis tu ek ??? ni restoren ke kdai beli lobster shj. huhu.

Jazli said...

Klako juga mace kisah ni.. apa pun, terbaik!!!

Post a Comment

top